"Teknik membeli sesuatu pelaburan (cthnya saham) mengikut jadual yang ditetapkan tanpa mengambil kira harga saham. Lebih banyak unit saham akan dibeli apabila harga rendah, dan kurang unit saham dibeli ketika harga tinggi."
Dari perspektif Unit Trust (Unit Amanah), kaedah Dollar Cost Averaging (DCA) adalah perbuatan secara konsisten pembelian unit (biasanya secara bulanan atau suku tahunan) pada jumlah RM yang tetap tanpa menghiraukan harga unit amanah. Apabila menggunakan kaedah DCA, pelabur unit amanah tidak perlu risau dengan keadaan ekonomi atau bagaimana keadaan pasaran saham pada masa tersebut. Matlamat kaedah ini adalah untuk sentiasa membeli unit amanah tanpa mengira apa sahaja harga unit amanah.
Berikut adalah contoh bagaimana kaedah DCA dilakukan:-
Bulan
|
Harga unit amanah
|
Amaun yang dilaburkan
|
Unit-unit yang terkumpul
|
Jan-17
|
RM 0.50
|
RM1000
|
2000
|
Feb-17
|
RM 0.40
|
RM1000
|
2500
|
Mar-17
|
RM 0.80
|
RM1000
|
1250
|
Jumlah unit yang terkumpul
|
5750
| ||
Selepas melabur RM1000 secara konsisten selama 3 bulan (Jan 2017 - Mac 2017), pelabur telah mengumpul sebanyak 5750 unit. Purata harga per unit boleh dikira seperti dibawah:
Jumlah amaun yang dilaburkan: RM3000
Terkumpul unit: unit 5750
Harga purata Unit: (Jumlah yang dilaburkan / terkumpul unit) = RM 0.52 seunit
Apa yang dimaksudkan di sini adalah sehingga Mac 2017, si pelabur kini memliki 5750 unit amanah bernilai RM0.52 setiap satu. Sekiranya si pelabur memutuskan untuk menjual semua unit pada bulan April di mana harga pada masa tersebut adalah RM0.70, maka si pelabur akan membuat keuntungan sebanyak:
= (RM0.70 - RM0.52) x 5750 unit
= (RM0.18) x 5750 unit
= RM1035 (keuntungan)
Apa yang ditunjukkan di atas adalah contoh bagaimana kaedah DCA berfungsi. Saya harus mengingatkan bahawa kaedah DCA tidak sesuai digunakan bagi pelaburan jangka pendek (3 tahun atau lebih rendah) disebabkan oleh sebab-sebab berikut:
- Naik turun harga unit amanah tidaklah agresif seperti apa yang digambarkan di dalam contoh di atas.
- Kaedah ini adalah perlindungan pelaburan yang asas terutamanya semasa berlaku kegawatan ekonomi yang boleh bertahan antara 1 hingga 3 tahun. Apabila ekonomi gawat, harga unit amanah (khususnya unit amanah yang melabur di dalam ekuiti/saham) cenderung untuk jatuh, sekali gus membolehkan pelabur untuk mengumpul lebih banyak unit pada harga yang lebih rendah. Dalam contoh sebelum ini, anda boleh menganggap bahawa pada Feb 2017 merupakan "bear market" dan pada Mac 2017 pula adalah "bull market". Unit-unit yang terkumpul pada Feb 2017 adalah berharga RM0.40 dan ini membolehkan anda mengumpul lebih banyak unit berbanding Mac 2017. Dengan memiliki lebih banyak unit pada harga yang lebih rendah, ia membantu untuk menurunkan harga purata unit yang anda miliki.
- Kaedah DCA adalah sangat efektif untuk pelaburang jangka sederhana dan jangka panjang (5 tahun ke atas) kerana ia membolehkan pelabur untuk mengumpul sejumlah unit-unit amanah pada harga yang berbeza di dalam keadaan ekonomi yang sentiasa berubah.
Faedah utama bagi pelabur yang mengamalkan DCA:
1. Pelabur tidak perlu risau tentang bila masa yang sesuai untuk membeli unit amanah kerana kaedah ini memerlukan pelabur untuk melabur pada amaun yang konsisten. Inilah juga sebab mengapa pelabur dibenarkan untuk menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP mereka untuk melabur ke dalam dana unit amanah. Melabur simpanan KWSP setiap 3 bulan ke dalam dana unit amanah selama 20-30 tahun adalah petunjuk yang jelas tentang keberkesanan kaedah DCA.
2. Kebanyakan dana unit amanah mengisytiharkan dividen tahunan kepada pelabur mereka. Dividen yang diisytiharkan akan dilaburkan semula ke dalam dana unit amanah dengan membeli unit tambahan. Jumlah dividen yang diperolehi oleh pelabur bergantung berapa unit dia memegang sebelum pengisytiharan dividen. Berikut adalah contoh;
- Pelabur A telah mengumpulkan 100,000 unit daripada Dana Unit Amanah Z dengan menggunakan kaedah DCA.
- Dividen yang diisytiharkan oleh Dana Unit Amanah Z adalah RM0.05/unit
- Dividen yang dinikmati oleh pelabur-pelabur A: (100,000 unit x RM0.05/unit) = RM5000
- Jumlah RM5000 akan dilaburkan semula ke dalam dana yang sama dengan membeli unit tambahan pada harga selepas dividen diisytiharkan.
- Si pelabur yang telah melabur secara konsisten melalui kaedah DCA telah berjaya memperolehi bilangan unit tambahan melalui dividen yang dilabur semula
3. Peranan utama kaedah DCA dalam senario ini adalah untuk membantu pelabur untuk mengumpul sebanyak mana unit amanah dalam tempoh masa tertentu. Pengagihan dividen pula membolehkan pelabur untuk menikmati lebih banyak unit tambahan daripada dividen yang dilaburkan semula. Ibarat teknik ini adalah seperti kesan "avalanche" dimana bilangan unit amanah akan terkumpul dengan lebih cepat dan secara langsung menurunkan harga purata unit amanah yang dipegang oleh anda.
Versi Bahasa Inggeris boleh didapati daripada Blog Invest Made Easy

Comments
Post a Comment